Monday, March 2, 2015

Bagaimana Kita Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Kita?

Silapnya Kita

Bila sampai tarikh ulang tahun kelahiran kita @ Besday, apa kita bayangkan yang berlaku dalam rata-rata masyarakat Malaysia ?
- Adik beradik berkumpul, kawan-kawan atau jiran terdekat.
- Kek diletakkan di tengah ruang tamu. Beserta lilin yang masih menyala dengan jumlah mengikut umur kita.
- Topi kon, dan barang-barang parti yang lain.
- Lampu ditutupkan, ramai-ramai menyanyikan lagu 'Happy Birthday To You', Besday Boy meniupkan lilin sehingga terpadam, lampu dibuka beserta sorakan dari tetamu.
- Dan jamuan bermula berupa kek, makanan ringan, dan lain-lain.

Sedar tak sedar, rupanya kita telah melakukan kesilapan besar ketika sampai hari kelahiran kita. Kenapa?

First, kita lihat balik dari mana datangnya budaya meniup lilin di atas kek. Ia datang dari barat, ya, tapi barat juga mengisahkan bahawa budaya itu berasal dari zaman Yunani, lilin-lilin dinyalakan di atas kek sebagai upacara keagamaan adalah sebagai simbolik melambangkan dewa bulan mereka, bernama Artemis.

Tak percaya? Sendiri kaji. Mengapa perlu menafikan fakta?

Jadi Hadis dengan sanad yang Shahih bermaksud :
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dikalangan mereka."

Islamkan Segalanya

Maka, kita sebagai Muslim, tidak layak kita meniru budaya orang lain. Salahkah menyambut hari lahir?. Tidak, jika diisi dengan perkara yang harus. Seperti mengadakan jamuan kenduri kesyukuran, kerana gembira mengingati hari kita dilahirkan. Dengan menjemput rakan-rakan, tetangga, dapat mengeratkan silaturrahim.

Kan semua itu dianjurkan dalam Islam. Cuma kita buat bukan secara lansung.

Nak lagi cantik, tambah dengan doa selamat. Semoga umur kita diberkati, amalan diterima. Isi dengan zikir kepada Allah, secara tidak lansung juga, kita dah menganjurkan majlis zikir kepada Allah. Majlis yang dipayungi malaikat. Bukan dengan nyanyian-nyanyian dari barat dan melalaikan.

Benarkah Rasulullah Menyambut Hari Lahir Baginda?

Tapi ingat, salah jika menganggap yang Rasulullah juga menyambut hari kelahiran Baginda. Rasulullah berpuasa pada hari Isnin sempena hari diangkat buku amalan, bukan kerana hari kelahiran Baginda.

Tapi Rasulullah gembira kerana hari diangkat buku amalan itu adalah hari Isnin, hari Baginda dilahirkan. Jadi jangan cepat menghadam maklumat yang dicedok dari internet bagai.

Kesimpulannya, Islam itu bukan agama yang susah. Tapi jangan ambil mudah dengan Islam. Apa yang dilarang, kita tinggalkan.